Halaman

Tugasan 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu  
PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL PENGAJARAN  

1.0 PENDAHULUAN Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik berbanding pembelajaran secara “chalk and talk”( Hooper. et al., (2003). Ada beberapa kerangka teori tentang pemprosesan maklumat pemindahan pembelajaran oleh seseorang individu itu berkaitan dengan pembelajaran.Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran (Borgatti and Foster (2003); Brass et al. (2004)). Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Thompson (1967); Galbraith (1973); Tushman and Nadler (1978); Knight and McDaniel(1979); Larkey and Sproull (1984); Keller (1994); Premkumar, Ramamurthy, and Saun-ders (2005). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang (Anandarajan and Arinze (1998); Andres and Zmud (2001); Cooper (2005).

 2.0 DOMAIN PEMPROSESAN MAKLUMAT 2.1.Peringkat-Peringkat Pemprosesan Maklumat Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu: · Kepekaan terhadap masalah yang timbul, · Pemerolehan dan penyusunan maklumat, · Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai, · Pengembangan konsep yang berkenaan. Pembentukan konsep pemprosesan maklumat ialah dengan menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output.• Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan( Egelhoff(1982); Habib and Victor (1991); Wolf (2000)). Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui system. Sumber: Nordin Tahir (IPG Kampus Ipoh :Model Pengajaran) Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat iaitu: 1.Peringkat pertama( ingatan atau memori). Ingatan atau sensori memori berlaku dalam masa yang amat singkat(1/2 saat hingga 4 saat). Pada masa ini otak manusia menentukan sama ada rangsangan perlu diberi perhatian atau tidak. 2.Peringkat kedua( pengiktirafan dan penilaian). Peringkat ini akan mementukan sama ada maklumat dalam ingatan sensori dapat diproses selanjutnya. Pengiktirafan pula adalah interaksi ransangan yang diperolehi dengan membuat perkaitan dengan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka pendek. Manakala perhatian merujuk kepada tumpuan pancaindera yang tertinggi terthadap ransangan tersebut. 3. Peringkat ketiga (Ingatan Jangka Pendek): Ingatan jangka pendek ialah merupakan ‘Ingatan yang berkerja atau ingatan yang sedar’. Berupaya menyimpan tujuh item untuk masa yang terhad. Maklumat yang diberi perhatian dikodkan untuk disimpan dalame saraf pusat. Ingatan jangka pendek yang tidak diulang akan kekal selama 15 saat. Ingatan jangka pendek jika sentiasa diulang akan dipindahkan pada ingatan jangka panjang. Jika maklumat digabung melalui ‘Chunking’ atau pengumpulan daya ingatan bertambah. Ulangan atau raptai adalah satu cara yang boleh menambahkan kekuatan ingatan jangka pendek. Raptai adalah tingkah laku berulang untuk membiasakan dengan sesuatu maklumat. Pengkodan adalah cara memproses maklumat untuk menyimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Ulang maklumat juga adalah satu cara untuk mengulang maklumat dengan menyebutnya selalu. Satu lagi cara untuk mengulang ialah latihan elaboratif (Gupta and Govindarajan (1991); Hansen (2002)). 4. Peringkat keempat (Ingatan jangka panjang): Ingatan jangka panjang merupakan stor di mana pengalaman tertentu itu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman baru bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku. Maklumat boleh disimpan selama beberapa minit atau tahun. Contoh pengalaman yang disimpan dalam ingatan jangka panjang ialah seperti: Peristiwa yang menarik perhatian, bermakna dan yang sukar dilupakan. Terdapat 2 jenis memori Memori Explicit : yang dapat dikeluarkan secara sedar Memori Implicit: yang tidak dapat dikeluarkan secara sedar. · Ingatan jangka panjang boleh dikategorikan kepada: · Ingatan episodic: pengalaman peribadi atau peristiwa yang berkaitan dengan masa, tarikh dan tempat. · Ingatan semantic: maklumat yang digunakan untuk rumusan, membuat generalisasi, hukum dan rumus. · Ingatan hafazan: penyimpanan maklumat dalam bentuk mental dan dikeluarkan semula tanpa pengubahsuaian. · Ingatan logik: menerima maklumat rasional dan logik. · Ingatan intelektual: berkaitan dengan idea konsep dan maklumat yang abstrak. 5. Peringkat kelima( keusangan atau gangguan). Dalam proses maklumat teradapat maklumat yang mungkin hilang daripada ingatan jangka pendek melalui gangguan dan keusangan atau kerana tidak digunakan. Keusangan ialah apabila perhatian tidek diberi dan kadar keaktifan maklumat menurun. Manakala gangguan pula ialah pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama.  

2.2 Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat 1. Pengekodan ('Encoding') Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran. Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam. Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk kod . Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan (Egelhoff, William G. (1991). 2. Penyimpanan ('Storage') Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak. Kod yang bermakna disimpan dengan teratur. Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah). Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama). 3. Mengingat Kembali ('Retrieval'). Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Peringkat ini merujuk kepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita ‘menambahkan maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat” 4) Lupaan ('forgetting'). Merupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami. Kebolehan mengingat adalah tidak sama bagi setiap pelajar kerana faktor perbezaan individu. Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.

Tapak pembelajaran

    

Tutorial pembelajaran

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan