PENGENALAN
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu
kemahiran yang perlu di kuasai oleh seseorang guru.Dengan memiliki kemahiran
tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid hari ini. Maka dengan
itu, salah satu medium dalam menghasilkan dan membina bahan yang menarik adalah
dengan mengikuti Kursus subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer (BMM 3053)
Bagi pelatih yang mengambil kursus major Bahasa Melayu
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan
Guru (IPG) kursus ini akan mereka hadapi semasa di Semester 3.
Semasa mengikuti kursus ini, Pelajar akan memperolehi hasil pembelajaran seperti berikut :
Semasa mengikuti kursus ini, Pelajar akan memperolehi hasil pembelajaran seperti berikut :
1. Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam
talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan
antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat
pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan